Rabu, 17 April 2013

PROJEK YANG TELAH SIAP

ASSALAMMUALAIKUM,

Apa khabar anak-anak ibu hari ini ibu nak tunjukan hasil kerja kursus ibu yang telah siap.

Ini adalah projek mini pertama untuk melatih setiap peserta supaya tahu teknik m
enjahit yang digunakan sebelum membuat projek sebenar.





Ini projek ke 3 bag osin comelkan. bolehlah dibuat untuk kegunaan musim perayaan. bag isi ampau. Ini adalah kerja kursus semasa menghadiri kursus tapak. diakhir kursus peserta dikehendaki menyiapkan satu projek. dan inilah hasilnya.


  Ini merupakan projek bakul. ini projek mininya. susah jugak nak buatnya nampak senang. Boleh dijadikan cenderahati untuk diberikan kepada tetamu untuk raja sehari.


 
 Inilah projek utama bagi projek bakul. syukur dapat jugak ibu siapkan berapa kali tetas taktau lah. tapi siap jugak. ini belum kasi guru tengok lagi. tak tau dapat berapa markah. doakan ibu ya sayang . supaya ibu dapat siapkan semua tugasan ibu. 


Ini adalah sarung tangan bagi mereka yang memakai tudung. Sekiranya hendak pakai baju yang berlengan pendek boleh lah pakai ini di dalam baju.


 Ini dalah projek utama bagi sarung tangan diatas. seluar ni senang je nak buatnya. ummi jangan marah ibu tau seluar ummi ibu belum siapkan lagi. ibu tak ada masa lagi. sabar ya sayang. 

Projek yang akan datang ialah alas meja dan alas pinggan. cantik tau. tunggu untuk lihat hasilnya. bye sayang.


Ahad, 7 April 2013

MOTIVASI DIRI

ASSALAMMUALAIKUM ANAK-ANAK IBU,

Hari ini ibu ingin berkongsi satu kisah yang mungkin kita boleh jadikan pengajaran . Kisah ini diceritakan oleh Mis Chye salah seorang pengurus di Epal. Kisah ini diceritakan dalam Kursus Usahawan.

Kisahnya bermula begini. Ada satu keluarga yang datang ke Kuala Lumpur dari Raub Pahang untuk membeli hadiah hari jadi untuk isteri . mereka telah pergi ke sebuah pasaraya di Kuala Lumpur .Setelah lama mereka berjalan akhirnya mereka melintasi kedai menjual barang kemas. Si isteri ni telah berkenan dengan barang kemas tersebut. Lalu kata si suami "jalanlah dulu kita lihat dulu nanti kalau tak ada kita patah balik kedai ni". mereka pun meneruskan perjalanan.

Mereka pun meneruskan pencarian hadiah untuk si ibu . tiba ditingkat tiga mereka melintasi sebuah kedai menjual mesin jahit. Sisuami berhenti dan melihat disekitar kedai tersebut yang terdapat peserta yang sedang tekun menjahit. Lalu sisuami mencadangkan isterinya untuk membeli mesin jahit ini. Si isteri ini tidak berminat menjahit jadi dia pun memberi bermacam-macam alasan untuk mengelakan suaminya dari membeli mesin jahit ini.diantara alasan yang diberikan "saya tak pandai jahit buat apa beli mesin jahit". kata promoter tersebut syarikat kami ada menyedikan kursus jahitan kepada setiap ahli kami. Kemudian si isteri berkata lagi. "Jauhlah bang kita nak datang si dari Raub bukan dekat". lalu suami pun menjawab "tak apa abang sanggup hantar setiap hujung minggu". si isteri berkata lagi " siapa yang nak jaga anak-anak mereka dahlah lask". Jawab si suami " tak apa biar abag yang jaga mereka". Lalu si isteri tidak terkata apa lagi lalu bersetuju dalam terpaksa. maka hadiah hari jadi siibu adalah sebuah mesin jahit .

Si ibu pun datanglah pada setiap hujung minggu seperti yang sisuami janjikan.sehingga beliau telah mahir mengendalikan mesin jahit tersebut. Selang beberapa bulan keluarga ini tidak lagi datang ke kedai tersebut. ini menjadi tanda tanya kepada tenaga pengajar di kedai tersebut kenapa keluarga ini sudah lama tidak datang. Pada suatu hari si isteri datang ke kedai tersebut . semua terkejut melihat keadaan isteri tersebut kerana dia sudah kurus. lalu si isteri pun menceritakan bahawa suaminya telah meninggal duni dalam satu kemalangan jalan raya. Sekarang dia terpaksa menyara anak-anaknya. Mujurlah suaminya membelikannya mesin jahit dan bukannya mas seperti yang diminta. Dia bersyukur dengan kemahiran yang dia ada dia boleh mencari pendapatan sendiri untuk menyara anak-anaknya.

Allah maha mengetahui apa jua dan ia telah mengaturkan dengan cantik perjalanan seseorang itu.

Dapatkah anak ibu faham dari kisah di atas apa pengajarannya. Macam biasa bukan ibu tidak mahu membeli apa yang anak ibu inginkan , tetapi ibu dan ayah lebih memikirkan kepentingan barangan tersebut kepada kamu semua . Janganlah terus menelan benda yang manis , tak semestinya yang manis itu elok untuk kita, dan janganlah terus meludah setiap benda yang pahit, kerana kadang-kadang benda yang pahit adalah penawar kepada segalanya.

sampai jumpa lagi anak ku.. salam.......

MESIN JAHIT JANOME DARI EPAL

Hai anak ibu. Jangan marah ibu beli mesin jahit baru, bukan apa ibu ingin menjahit untuk mengisi masa lapang dan akan cuba menjadikan ia hasil pendapatan sampingan kita. Bukan ke anak-anak ibu tak suka ibu bekerja, jadi kalau ibu menjahit dirumah kita akan sentiasa bersamakan.

Ini mesin yang ibu baru beli. Harganya RM2499.00 mahalkan jenama JANOME. Ibu akan diberi tempoh setahun untuk mengikuti kelas dari Epal dan terdapat 24 buah projek yang akan diajar. Ibu akan cuba menguasai seni jahitan yang akan diajar oleh pihak EPAL.

Ibu berharap suami dan anak-anak ibu akan memberi galakan sepenuhnya kepada ibu . Nanti ibu akan masukan projek-projek yang telah ibu siapkan sebagai bukti kesungguhan ibu .

Sampai jumpa lagi....