Ahad, 7 April 2013

MOTIVASI DIRI

ASSALAMMUALAIKUM ANAK-ANAK IBU,

Hari ini ibu ingin berkongsi satu kisah yang mungkin kita boleh jadikan pengajaran . Kisah ini diceritakan oleh Mis Chye salah seorang pengurus di Epal. Kisah ini diceritakan dalam Kursus Usahawan.

Kisahnya bermula begini. Ada satu keluarga yang datang ke Kuala Lumpur dari Raub Pahang untuk membeli hadiah hari jadi untuk isteri . mereka telah pergi ke sebuah pasaraya di Kuala Lumpur .Setelah lama mereka berjalan akhirnya mereka melintasi kedai menjual barang kemas. Si isteri ni telah berkenan dengan barang kemas tersebut. Lalu kata si suami "jalanlah dulu kita lihat dulu nanti kalau tak ada kita patah balik kedai ni". mereka pun meneruskan perjalanan.

Mereka pun meneruskan pencarian hadiah untuk si ibu . tiba ditingkat tiga mereka melintasi sebuah kedai menjual mesin jahit. Sisuami berhenti dan melihat disekitar kedai tersebut yang terdapat peserta yang sedang tekun menjahit. Lalu sisuami mencadangkan isterinya untuk membeli mesin jahit ini. Si isteri ini tidak berminat menjahit jadi dia pun memberi bermacam-macam alasan untuk mengelakan suaminya dari membeli mesin jahit ini.diantara alasan yang diberikan "saya tak pandai jahit buat apa beli mesin jahit". kata promoter tersebut syarikat kami ada menyedikan kursus jahitan kepada setiap ahli kami. Kemudian si isteri berkata lagi. "Jauhlah bang kita nak datang si dari Raub bukan dekat". lalu suami pun menjawab "tak apa abang sanggup hantar setiap hujung minggu". si isteri berkata lagi " siapa yang nak jaga anak-anak mereka dahlah lask". Jawab si suami " tak apa biar abag yang jaga mereka". Lalu si isteri tidak terkata apa lagi lalu bersetuju dalam terpaksa. maka hadiah hari jadi siibu adalah sebuah mesin jahit .

Si ibu pun datanglah pada setiap hujung minggu seperti yang sisuami janjikan.sehingga beliau telah mahir mengendalikan mesin jahit tersebut. Selang beberapa bulan keluarga ini tidak lagi datang ke kedai tersebut. ini menjadi tanda tanya kepada tenaga pengajar di kedai tersebut kenapa keluarga ini sudah lama tidak datang. Pada suatu hari si isteri datang ke kedai tersebut . semua terkejut melihat keadaan isteri tersebut kerana dia sudah kurus. lalu si isteri pun menceritakan bahawa suaminya telah meninggal duni dalam satu kemalangan jalan raya. Sekarang dia terpaksa menyara anak-anaknya. Mujurlah suaminya membelikannya mesin jahit dan bukannya mas seperti yang diminta. Dia bersyukur dengan kemahiran yang dia ada dia boleh mencari pendapatan sendiri untuk menyara anak-anaknya.

Allah maha mengetahui apa jua dan ia telah mengaturkan dengan cantik perjalanan seseorang itu.

Dapatkah anak ibu faham dari kisah di atas apa pengajarannya. Macam biasa bukan ibu tidak mahu membeli apa yang anak ibu inginkan , tetapi ibu dan ayah lebih memikirkan kepentingan barangan tersebut kepada kamu semua . Janganlah terus menelan benda yang manis , tak semestinya yang manis itu elok untuk kita, dan janganlah terus meludah setiap benda yang pahit, kerana kadang-kadang benda yang pahit adalah penawar kepada segalanya.

sampai jumpa lagi anak ku.. salam.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan