Apa khabar anak-anak ibu hari ini ibu nak tunjukan hasil kerja kursus ibu yang telah siap.
Ini adalah projek mini pertama untuk melatih setiap peserta supaya tahu teknik m
enjahit yang digunakan sebelum membuat projek sebenar.
Ini projek ke 3 bag osin comelkan. bolehlah dibuat untuk kegunaan musim perayaan. bag isi ampau. Ini adalah kerja kursus semasa menghadiri kursus tapak. diakhir kursus peserta dikehendaki menyiapkan satu projek. dan inilah hasilnya.
Ini merupakan projek bakul. ini projek mininya. susah jugak nak buatnya nampak senang. Boleh dijadikan cenderahati untuk diberikan kepada tetamu untuk raja sehari.
Inilah projek utama bagi projek bakul. syukur dapat jugak ibu siapkan berapa kali tetas taktau lah. tapi siap jugak. ini belum kasi guru tengok lagi. tak tau dapat berapa markah. doakan ibu ya sayang . supaya ibu dapat siapkan semua tugasan ibu.
Ini adalah sarung tangan bagi mereka yang memakai tudung. Sekiranya
hendak pakai baju yang berlengan pendek boleh lah pakai ini di dalam
baju.
Ini dalah projek utama bagi sarung tangan diatas. seluar ni senang je nak buatnya. ummi jangan marah ibu tau seluar ummi ibu belum siapkan lagi. ibu tak ada masa lagi. sabar ya sayang.
Projek yang akan datang ialah alas meja dan alas pinggan. cantik tau. tunggu untuk lihat hasilnya. bye sayang.






Tiada ulasan:
Catat Ulasan